-

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), skim simpanan pendidikan terbaik untuk anak anda. Terdapat dua skim simpanan pilihan iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus. Manfaat SSPN-i Plus: -SImpanan patuh shariah -Dijamin kerajaan -Perlindungan takaful sehingga RM1 juta -Khairat kematian sekeluarga(5 org) -Pelepasan taksiran cukai maksimum RM12k -Peluang menang Cabutan Wow(Hadiah lebih RM2 juta) -Dividen simpanan yang kompetitif. Jangan tangguh-tangguh, buka akaun segera,

BUKA AKAUN SSPN-i PLUS SECARA ONLINE

Sebelum membuka akaun secara online , anda perlu memahami serta menyediakan beberapa maklumat bagi melancarkan pembukaan akaun secara online.

1) Kenalpasti Pakej Simpanan yang akan dipilih. Setiap Pakej mempunyai kriteria, cakupan takaful dan unjuran simpanan yang berbeza. Rujuk ringkasan pakej di bawah :


Maklumat lanjut bagi setiap pakej , sila lawati laman berkenaan Pakej. Setelah memilih pakej mengikut kesesuaian perancangan bagi keperluan pendidikan anak anda, sila ke langkah seterusnya.

2) Kenalpasti akaun yang akan dibuka , samada untuk diri anda sendiri atau untuk penerima manfaat iaitu anak sendiri atau anak jagaan yang sah.

Bagi akaun untuk diri sendiri, anda perlu menyediakan maklumat berikut :
-Nama penuh
-No MyKad
-No. telefon
-Alamat surat-menyurat
-Alamat emel
-Maklumat akaun bank 
-Pekerjaan  

Sekiranya akaun dibuka untuk anak anda, tambahan maklumat anak/anak jagaan yang perlu disediakan adalah :-
-Nama penuh anak
-No. MyKad/MyKid, anak
-Tarikh lahir anak
-Alamat sekiranya berlainan dari alamat anda.

Pembukaan akaun SSPN-i Plus untuk anak jagaan yang sah hanya boleh dilakukan di mana-mana cawangan PTPTN. Sila bawa bersama salinan MyKad pendeposit dan anak jagaan berserta salinan Sijil Pengangkatan anak berkenaan yang disahkan.

3) Sebelum memulakan pendaftaran akaun secara online, perlu difahami bahawa deposit minimum pembukaan akaun adalah sebanyak dua bulan nilai pakej.

Contohnya: -
Pakej Intan memerlukan deposit RM60 (2x RM30)
Pakej Delima memerlukan deposit pembukaan RM100 (2xRM50)
Pakej Topas memerlukan deposit pembukaan RM200 (2xRM100)
Pakej Zamrud memerlukan deposit pembukaan RM400 (2xRM200)
Pakej Nilam memerlukan deposit pembukaan RM600 (2xRM300)
Pakej Berlian memerlukan deposit pembukaan RM1,000 (2xRM500)

Bagi deposit pembukaan kurang dari 6 bulan, anda perlu menetapkan kaedah potongan bulanan samada Potongan Gaji / Auto Debit atau Direct Debit.

Jika anda mempunyai Maybank2u atau RHBNow, BSN Online atau Bankislam.Biz, pilihan potongan Auto Debit sesuai untuk anda.
Jika anda menggukan perbankan internet bagi bank selain Maybank,Bankislam.Biz, BSN Online dan RHB, anda perlu menggunakan pilihan potongan Direct Debit.

4. Sekiranya anda tidak mahu menetapkan sebarang mod potongan bulanan, anda perlu mendeposit sekurang-kurangnya 6 bulan nilai pakej pilihan anda.

5. Sudahkah anda bersedia dengan semua maklumat yang diperlukan? Faham apa yang saya ceritakan berkenaan deposit dan kaedah bayaran? Ayuh buka akaun sekarang.

6. Klik link → [BUKA AKAUN] dan lengkapkan maklumat yang diminta dan selesaikan urutan pembukaan akaun iaitu Maklumat Akaun > Maklumat Pakej > Maklumat Peribadi > Kaedah Potongan > Bayaran. Langkahnya ringkas dan mudah.

7. Bagi akaun yang berjaya dibuka, anda boleh membuat semakan online melalui laman Semakan Penyata SSPN-i Plus .

Akhir kata, tahniah saya ucapkan kepada anda di atas kesedaran menabung anda yang tinggi. Anda Hebat! Jadilah Superhero untuk diri dan keluarga anda. Terbang ke masa hadapan pendidikan yang sempurna untuk anak anda!


Popular Posts

Labels